Sejarah dan Seni Bina Toking
Lukisan Pandangan Mata Burung Tokong

Dalam lukisan seniman Khoo Cheang Jin, pemandangan isometrik membolehkan corak ruang di dalam tokong menjadi jelas, dengan ruang utama yang terletak di tengah sebagai dewan utama yang memuja Dewa Sin Sze Si Ya, Fú Dé Zhèng Shén (Dewa Kemakmuran), Wén Chāng Dì Jún (Dewa kebijaksanaan), Huá Guāng Dà Dì (Tuhan Seni Persembahan), Tán Góng Xiān Shi, Plak Pemujaan Yap Ah Loy, dan Cái Bó Xīng Jūn (Tuhan Kekayaan). Dewan di sebelah kanan adalah Dewan Guanyin, dengan pemujaan kepada Guān Yīn Pú Sà (Guanyin Bodhisattva), Jīn Huā Fū Rén (Dewi Kesuburan), dan Huā Fěn Fū Rén (Dewan Kecantikan). Dewan di sebelah kiri adalah Dewan Tai Sui, yang memuja Tài Suì Yé (Dewan Penguasa Tahun), Yì Yong Xiān Liè (Pahlawan gugur gagah perkasa), dan Bái Hu Yé (Dewa Harimau). Selain itu, dalam lukisan ini juga dapat terlihat aktiviti yang sering berlaku di Tokong Sin Sze Si Ya: ada yang membuat catatan astrologi, ada yang membeli colok, ada yang bersembahyang, ada yang mengikuti lawatan berpadu, semuanya menunjukkan suasana yang meriah.
Evolusi Tokong

Melalui lukisan, seniman Khoo Cheang Jin membolehkan kita melihat semula perkembangan Tokong Sin Sze Si Ya selama seratus tahun. Asal-usul Tokong Sin Sze Si Ya boleh dikesan hingga ke sebuah kuil kecil di belakang rumah Yap Ah Loy. Pada tahun 1864, dia membawa semangat Seng Meng Lee dari Seremban untuk didedikasikan bersama-sama dewi Guanyin. Pada tahun 1873, selepas Perang Saudara Selangor, dia menyumbangkan tanah untuk pembinaan tokong, dan melalui beberapa penambahbaikan, skala tokong Sin Sze Si Ya ditetapkan seperti hari ini. Pada masa kini, tokong ini dikelilingi oleh bangunan sekitarnya, dan berbanding dengan pencakar langit di sekitarnya, mwmbentuk satu situasi seperti tokong yang tersembunyi dalam kesibukan bandar.
Ciri Ciri Seni Bina Tokong

Kami memilih lapan ciri binaan utama di dalam Tokong Sin Sze Si Ya, iaitu: gerbang kuil, papan hiasan, rabung utama, rabung menegak, tingkap, singa batu, rabung utama pada Dewan Pahlawan, dan kepala tiang. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa gaya utama Tokong Sin Sze Si Ya ini adalah gaya tradisional Kantonis.
Tokong Sin Sze Si Ya pada Zaman Dahulu

Gambar-gambar lama ini adalah catatan yang sangat berharga untuk Tokong Sin Sze Si Ya. Tiga daripadanya adalah gambar-gambar dari perarakan Sin Sze Si Ya pada tahun 1956, di mana anda dapat melihat perantara roh, perarakan, dan pasukan kanak-kanak yang memakai jangkungan. Kerusi sedan suci yang anda melihat dalam gambar adalah dipamerkan di kawasan belakang. Gambar-gambar lama lainnya menunjukkan rekod yang berharga ketika pemagang amanah melakukan upacara, dan juga rekod semasa kemerdekaan negara.
Upacara Sembahyang di Tokong

Upacara kepercayaan kepada Sin Sze Si Ya mempunyai makna tempatan yang istimewa, termasuk dalamnya: permohonan berkat Sin Sze Si Ya, merangkak di bawah meja sembahyang, persembahan kepada Wén Chāng Dì Jún (Dewa kebijaksanaan), sembahyang pada Hari Jingzhe untuk mendapat perlindungan daripada Dewa Harimau Putih dan memukul penjahat.
Penjaga Tokong

Tokong Sin Sze Si Ya mempunyai jodoh yang istimewa dengan orang Sikh. Banyak tahun yang lalu, Sajan Singh dari Punjab, India datang ke Asia Tenggara untuk mencari rezeki dan akhirnya bekerja sebagai pengawal di Tokong Sin Sze Si Ya selama 40 tahun. Peninggalan Sajan Singh, parang, boleh membayangkan keagungan dan dedikasinya. Sajan Singh dan isterinya tinggal di sebuah rumah kecil di hadapan tokong dan membesarkan empat lelaki dan enam perempuan. Kanak-kanak ini dibesarkan di tokong, dan beberapa daripada mereka mempelajari bahasa Kanton yang fasih. Hari ini, anak perempuan Sajan Singh, Ranjit Kaur, berkerja sebagai pembantu tokong untuk membantu dalam upacara. Selepas kematian Sajan Singh, anaknya Daljit Singh mengambil alih jawatan pengawal dan meninggal dunia pada 2021.
Tokong-tokong Si Ya Sekitar Semenanjung Malaysia

Tokong Sin Sze Si Ya Kuala Lumpur telah menjadi penyiar utama kepercayaan Sin Sze Si Ya dan kini terdapat 32 tokong yang didedikasikan kepada Sin Sze Si Ya di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor. Di bawah pimpinan Tokong Sin Sze Si Ya Kuala Lumpur, “Persatuan Sin Sze Si Ya Malaysia” ditubuhkan pada tahun 2015. Kini, terdapat 16 tokong Sin Sze Si Ya yang mempunyai sejarah lebih dari seratus tahun sebagai ahli.
Seng Meng Lee sebagai peneroka awal mencerminkan pengorbanan yang dilakukan oleh banyak imigran Cina di tanah ini. Sebagai dewa tempatan, Sin Sze Si Ya menyaksikan sejarah leluhur-leluhur Cina di Malaysia dan kawasannya yang dipercayai erat berkaitan dengan kawasan perlombongan bijih timah.
Diorama Memukul penjahat

Diorama Memukul penjahat
Bahan pameran adalah semua jenis alat untuk menyembah Harimau Putih dan memukul penjahat:
1. Colok
2. Lilin
3. Kertas berhala bentuk penjahat
4. Kertas berhala tapak tangan
5. Kertas berhala burung
6. Kertas berhala rantai besi
7. Lemak daging khinzir
8. Telur
9. Kacang hijau
10. Kertas berhala pembantu berkuda
11. Kertas berhala emas dan perak
12. Kertas berhala penjahat
13. Kertas berhala upacara