Transformasi Kuala Lumpur
Pemandangan Panorama Bersejarah Kuala Lumpur

Ini adalah kawasan yang memaparkan beberapa gambaran sejarah yang menakjubkan. Marilah kita sama-sama melalui lorong masa ini, mengkaji perkembangan Kuala Lumpur secara terperinci, merasai perjuangan leluhur, dan merenung kegemilangan yang pernah dimiliki oleh Kuala Lumpur.
Gambar pertama menunjukkan pemandangan Kuala Lumpur yang diambil pada tahun 1884 oleh Agensi Fotografi G. R. Lambert & Co di Bluff Road Hill, iaitu Bukit Aman kini.
Gambar kedua adalah pemandangan panoramik Kuala Lumpur yang diambil dari Bluff Road Hill, iaitu Bukit Aman kini, antara tahun 1888 – 1894. Pentarikhan itu berdasarkan kewujudan bangunan Sekolah Raja Melayu Lorong Gombak yang dibuka pada tahun 1888. Di sebelah kiri gambar, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur yang asal dirasmikan pada tahun 1886, kelihatan di sebelah kanan gambar, dan ketiadaan Bangunan Pejabat Kerajaan yang pembinaannya bermula pada tahun 1894 berhadapan dengan Padang di tengah-tengah gambar.
Gambar yang ketiga adalah pemandangan Kuala Lumpur diambil sekitar tahun 1897, apabila pejabat kerajaan, atau Bangunan Sultan Abdul Samad kini telah siap dibina. Kini, kebanyakan bangunan di Kuala Lumpur adalah bangunan batu – bata dan mula menunjukkan skala sebuah bandar.
Gambar yang keempat menunjukkan Kuala Lumpur dibangunkan dengan agak baik pada tahun 1937, perancangan awal bandar dan jalan – jalan utama masih kekal sehingga kini. Gambar menunjukkan Medan Pasar, Pasar Seni, Tokong Sin Sze Si Ya dan bangunan Persatuan Fui Chiu.
Gambar pemandangan kelima yang ditangkap oleh seorang jurugambar, merekodkan keadaan bandar Kuala Lumpur yang makmur pada tahun 2021. Dalam gambar ini, banyak bangunan ikonik Kuala Lumpur terlihat, seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas, dan Menara Merdeka 118 yang sedang dalam pembinaan pada tahun 2021 tetapi kini telah siap.