Sejarah Penubuhan Tokong Sin Sze Si Ya
Asal-usul Kepercayaan

Pada tahun 1861, Kapitan Sungai Ujong Seng Meng Lee terbunuh dalam pertempuran antara pembesar tempatan. Mengikut lagenda, darah putih mengalir keluar dari lehernya. Yap Ah Loy telah menghantar jenazahnya dengan kereta lembu untuk dikebumikan di Melaka.
Pada tahun 1864, Yap Ah Loy menjemput semangat Seng Meng Lee dari Sungai Ujong ke Kuala Lumpur, dan menyembah semangat tersebut di belakang halaman rumahnya. Malah, dikatakan beliau membawa plak pemujaan Seng Meng Lee semasa berperang dan mendapat kemenangan.
Selepas Perang Saudara Selangor berakhir pada tahun 1875, Yap Ah Loy menderma sebidang tanah untuk mendirikan sebuah tokong bagi memuja Seng Meng Lee sebagai dewa yang dikenali sebagai Sin Si Ya.
Di sini pamerkan, tiga salinan batu nisan Kapitan Seng Meng Lee. Saat ini, batu nisan-batu nisan tersebut ditempatkan di dalam Tokong Cheng Koo dan Tanah Perkuburan Kwong Tong, Semenyih, menunjukkan bahawa Seng Meng Lee telah dikebumikan beberapa kali. Gambar di bawah merupakan tulang beliau dipindah ke Tokong Sin Sze Si Ya Semenyih, dengan meletakkannya di dalam tempayan untuk dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Kwong Tong, Semenyih, Selangor pada 14 Mac 1984.
Kapitan Yap Ah Loy dan Kapitan Seng Meng Lee

Seng Meng Lee dilahirkan pada 1823 di Fui Chiu,China. Beliau tiba di Melaka pada usia 28 tahun dan melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan perlombongan bijih timah.
Pada tahun 1859, beliau telah diarahkan oleh majikannya untuk menubuhkan Syarikat Perlombongan Ming Fatt di Rasah, Sungai Ujong. Pada tahun berikutnya, berlaku pertempuran antara pembesar Melayu atas hak kutipan cukai. Kongsi Ghee Hin dan Hai San juga terlibat. Selepas Seng Meng Lee terbunuh, mungkin Yap Ah Loy berterima kasih kepadanya, Yap Ah Loy menjemput semangatnya ke Kuala Lumpur untuk disembah.
Dikatanya dengan perlindungan semangat Seng Meng Lee, Yap Ah Loy berjaya mengalahkan musuhnya. Rentetan itu, Seng Meng Lee dipuja sebagai dewa, bukan sahaja menarik penganut dari merata tempat dan juga menjadi dewa perlindungan tempatan.
Di dalam kotak kayu di sebelah kanan kadungan, terdapat gambar bangunan yang dipaparkan, gambar tersebut adalah foto Tokong Cheng Koo yang awal.
Tokong pada Peringkat Awal

Menurut sumber yang sedia ada, tokong terawal yang memuja Seng Meng Lee adalah Tokong Cheng Koo di Rasah, Seremban. Terdapat penduduk tempatan yang menemui batu nisan Seng Meng Lee di ladang sayur dan memindahkannya ke Tokong Cheng Koo untuk disembah.
Yap Ah Loy menjemput semangat Seng Meng Lee pada tahun 1864, menderma sebidang tanah pada tahun 1873, siap dibina pada tahun 1875, merupakan tapak Tokong Sin Sze Si Ya kini.
Pada tahun 1881, kebakaran dan banjir berlaku di Kuala Lumpur yang menyebabkan kemusnahan banyak rumah dan kedai, termasuk tokong Sin Sze Si Ya. Tokong ini telah dibaiki semula antara tahun 1881 dan 1883. Plak “Semoga diberkati kedamaian” yang dihadiahkan oleh Yap Ah Loy pada tahun 1881 menjadi artifak yang tertua dalam tokong ini.
Para pelawat, sila pindahkan perhatian anda ke sebelah kanan, ini adalah plak peringatan “Si Shi Ye Ye”, yang disembah di Tokong Sin Sze Si Ya, Kuala Lumpur, dan juga imej yang menggambarkan kuil kecil awal yang memuja semangat Seng Meng Lee.
Dari Mazbah Kecil ke Tokong

Semangat Seng Meng Lee dijemput ke Kuala Lumpur untuk disembah. Pada asalnya, ia diletak di sebuah kuil kecil di belakang rumah Yap Ah Loy dan disembah bersama Guanyin.
Pada tahun 1873, Yap Ah Loy menderma sebidang tanah untuk membina tokong. Dewan utama adalah untuk memuja Sin Sze Si Ya dan dewa-dewa lain. Pada sebelah kiri terletak Dewan Guanyin yang dikhaskan untuk menyembah Guanyin dan dewi-dewi lain. Pada sebelah kanan pula adalah Dewan Pahlawan yang dikhususkan untuk menyembah mereka yang terkorban dalam Perang Saudara Selangor.
Tokong ini telah siap dibina pada tahun 1875 dan sentiasa ditambah baik, diperluas dan dipercantikkan.
Tokong ini telah menjadi sebahagian daripada Kuala Lumpur melebihi seratus tahun, dan bertindak sebagai dewa yang melindungi kota ini.
Gambar di sebelah kanan menunjukkan pada tahun 1915, Tokong Sin Sze Si Ya Kuala Lumpur, telah membina deretan rumah kedai yang mengelilinginya. Dengan ini, tokong tersebut telah tersembunyi daripada pandangan orang ramai. Walaupun begitu, pintu masuk kuil pada masa kini tidak banyak berubah daripada yang asal.
A Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society [Vol XXVIII, Pt. 4, 1955]

J.M. Gullick membincangkan aspek kepercayaan Si Ya dalam artikel “Kuala Lumpur, 1880-95” di dalam Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, pada halaman 104.
“During the crises of the civil war Yap Ah Loy had consulted the god Sen Ta (or Sz Yeh) as an oracle for guidance. The worship of this god became the major public cult of the Kuala Lumpur Chinese. The deity of the cult was apparently a personification of the spirit of the Chinese pioneer combined with divine attributes of protection and success (Middlebrook, JMBRAS, 1951, 24, (2), 22). Yap Ah Loy built a temple of Sen Ta in Kuala Lumpur. The main rites of the cult were the consultation of the oracle and the annual procession of the god through the streets of Kuala Lumpur.
In the temple were two “life-like carving in wood, representing venerable men known after death as Si Sz Ya and Sz Ya.” Letessier (Selangor Journal, 16th June, 1893) gives the following account of the consultation of the oracle:—-
Sick people who follow his prescriptions are almost always cured, traders who invoke him make their fortune, gamblers will not risk the fruit of their toil without having invoked him, and even abandoned women come to ask good luck from this great spirit….
Bangau
